Johari Harun

Dato' Sri Johari Harun (lahir di Janda Baik, Pahang, 17 Januari 1970 – meninggal di Shah Alam, Selangor, 17 Ogos 2023 pada umur 53 tahun) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang di DUN Pelangai mewakili Barisan Nasional[1] pada November 2022, dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang[2]. Johari meninggal dunia pada 17 Ogos 2023 disebabkan kemalangan pesawat ringan yang dinaiki di Elmina, Shah Alam, Selangor.[3]